Rabu, 9 Mac 2011

Kembara Khalifah ?

Salam ...
Apa maknanya " Kembara Khalifah " ? ada apa2 maksud ker.Takde apa sebenarnya.Aku akan pergi bercuti
ke Terengganu pada 23 hingga 26 Mac 2011....kira2 2 minggu dari sekarang.So banyak persiapan kena buat
untuk ke sana terutama kena service kereta dan kena buat tempahan hotel.Takdelah sampai hotel yang mahal2.Cuma nak cari hotel2 bajet aje...Yang boleh muatkan aku , isteri  dan anak 3 puteri ku....Sekarang nie tengah sibuk men google hotel2 terdekat , yang memudahkan aku nak pusing2 satu Kuala Terengganu tu.

Sebelum ke Kuala Terengganu aku kena hadari majlis Tamat Latihan Bomba kat area Marang.Kalau tak silap aku daerah Wakaf Tapai...Apa ker peliknya nama tu ...
eheheheh...Byk Tapai kot...best2..Kat majlis tersebut aku kena ambik gambar tamat latihan para peserta kursus.Kiranya aku nie jadi OP untuk majlis tu atas
 arahan pihak Bomba yang di rekemen oleh adik Ipar aku....huhuhhhu...satu cabaran yang hebat nie....Lepas tu ada group foto dan entah apa gambar lagi yg aku sendiri lum tahu aturcara majlis....Masyukkkk ? Entahlah...aku lum dapat hitam putih lagi....Tapi takper yang penting pengalaman untuk shot majlis tersebut.


( Gambar ini aku curi dari Pak Google....heheeh.....)



Inilah agaknya keadaan kat sana.Aku pun lum pernah sampai sana .Sekarang nie pun tengah isikan data pada
alat GPS aku .Masukan segala jalan2 penting untuk aku pergi.Nanti senang.

Selepas aje tamat majlis tersebut aku akan terus ker Kuala Terengganu untuk bercuti.Kalau ikut perancangan aku sekeluarga alang2 dah sampai sana nak berehat kat sana semalam dua.Tengok bajet.Tapi aku rasa semalaman kat sana pun dah mencukupi.Kalau tak cukup aku sambung lagi sehari.Nama pun bercuti.Kena ambik peluang betul2.Yer tak ?

Bila sebut pasal panorama kat Terengganu aku rasa byk tempat yang menarik untuk ambik gambar.Ada perkampungan nelayan , ada tempat bersejarah , ada kawasan rehat tepi pantai sambil menembak Sunset ( Bak kata kawan aku si RAZAK )hahahah jgn marah..aku sebut nama ko kat sini.Sebat ko hensome ler aku sebut...hahahahahahahah....Tengoklah nanti apa yang boleh aku shot kat sana.Harap2 dapat sesuatu yang best untuk di bawa balik.Tak kan pergi jauh2 shot cam hampeh...hahahahahah.Insyallah....Itu semua perlukan kesabaran , kejujuran dalam berkarya dan yang paling penting mood mesti kena 100% baik.Baru boleh menterjemahkannya dalam bentuk fotografi....Peghhhhh...ayat dasyat....

Sapa2 yang pernah pergi ke sana atau memang tinggal kat sana inform lah aku apa2 yang patut.Penuhkan lah ruang komen kat bawah tu....Mana tahu aku leh siapkan apa yang patut sebelum sampai ke sana.Aku rasa anak2 aku pasti suka bila sampai sana.....

So aku dah penat nie....Kita jumpa lagi nanti...salam dari Aku Khalifah Fotografi....

Tiada ulasan:

Penghargaan Buat Ku.

Ini adalah satu pengiktirafan dari kerajaan Negeri Johor kepada ku dan kerjaya ku.Semoga ia akan mendorong aku lebih maju dalam dunia fotografi ini.Korang Klik lah link kat bawah nie yer

http://telecentre.my/feldapalongtimur/index.php/ms/keusahawanan.html