Isnin, 7 Mac 2011

Langkah Pertama - 7 Mac 2011

Hari nie aku mulakan waktu pagi macam biasa.Awal 6.30 pagi aku dah sedar selepas semlm aku melantak sebijik pil kuning untuk selsema.Memang kalau makan pil ini...ibarat ko telah di bius.Ubat nie memang power.Memang mengantuk.Tapi awas jangan makan ketika memandu....Nak di jadi cerita aku dah sihat dari sebiji pil kuning tu.

7.00 pagi aku dah hantar puteri2 aku ke sekolah...Tak jauh pun sekolah tu dengan umah.Lepas hantar anak kesekolah aku terus mulakan kerjaya pertama ku sebagai tukang masak.Aku dan keluarga ada membuat perniagaan katering terutamanya untuk pelajar2 kolej.Tender aku sekarang untuk kolej swasta.Tak payah aku beritahu nama kolej tu.Tapi ia adalah sebuah kolej kejururawatan...

Selepas selesai memasak untuk kolej tersebut...aku akan balik umah dan mulakan minat dan jiwa aku iaitu
sebagai photographer.Aku juga adalah seorang fotografer perkahwinan dan fotografer potret keluarga.
Bukan senang nak jadi seorang photog nie.Macam2 kena lalui.Ia sebenarnya bermain dengan jiwa dan
keikhlasan.Kalau kita pergi kursus pun lum tentu kita dah pandai.Tekan aje punat shutter dah jadi gambar...ohhhh Tidak...tidak dan tidak....Seperti yang aku katakan ia perlu ada jiwa dan keikhlasan.

Ibarat memancing ikan...kita perlu tahu apa jenis joran yang kita perlu guna.Apa jenis umpan yang perlu kita umpankan pada ikan2.Dan kita perlu tahu apa jenis ikan yang ingin kita dapatkan.Begitu juga fotografi bagi kehidupan aku.Orang lain aku tak tahu.Mereka mungkin dengan cara dan pemikiran mereka sendiri.Sebab dunia ini adalah subjektif.Masing2 ada ideolagi masing2.Aku simple aje....Tapi cerita pasal memancing nie....aku bukanlah seorg pemancing....aku cuma andaikan aje...sebab masa kecik-kecik dulu aku pun suka memancing.So tahulah serba sedikit tentang itu.

Sebuah gambar menceritakan sejuta cerita.Sejuta cerita melakarkan seluas kehidupan.Itulah dunia fotografi bagi aku.Aku masih belum memilikinya buat masa ini.Semua yang aku lakarkan belum menjanjikan sejuta cerita itu.Tapi aku tahu aku dlm proses ke arah itu.Masa dan harinya akan tiba.

Tiada ulasan:

Penghargaan Buat Ku.

Ini adalah satu pengiktirafan dari kerajaan Negeri Johor kepada ku dan kerjaya ku.Semoga ia akan mendorong aku lebih maju dalam dunia fotografi ini.Korang Klik lah link kat bawah nie yer

http://telecentre.my/feldapalongtimur/index.php/ms/keusahawanan.html