Nie cerita semasa Pak Long berada di negeri Sang Penyu iaitu Terengganu.Mungkin sesuatu yang baru bagi diri Paklong buat masa nie.Memang tak pernah jumpa lagi keadaan macam nie kat negeri2 yang Paklong pernah pergi.Tapi kalau ada kat negeri lain yang Paklong tak jumpa korang beritahu Paklong yer.Maklumlah Paklong nie bukan selalu berjalan kat negeri orang.
Mula2 Paklong masuk tandas biasalah untuk buang air. Tak kan nak buat kenduri pulak kan....Mula-mula tu memang Paklong tak perasan.Tetapi bila Paklong mula membasuh tangan kat singki...mengadap depan cermin Paklong terpandang benda biru.Ehhh...Apa tu? dalam hati Paklong...Mungkin ada peminta sedekah tertinggal bekas biru hati Paklong berkata.Tetapi bila Paklong tengok sekeliling....Eh...semua tempat ada benda biru nie....Wahhhhh.....Apa nie ? Kata hati Paklong lagi....
So Paklong dekatkan diri dan Paklong tengok dalam bekas biru itu berisi air separuh penuh.Ohhhhh...Baru Paklong tahu kegunaannya.Hebat Orang Terengganu.Mereka mengamalkan kebersihan sama macam negeri mereka.Bersih , indah dan kurang nampak orang berdating kat pantai2 semasa Paklong berada di sana.Alhamdulillah.Untuk sesiapa pembaca blog Paklong dari Terengganu bolehlah bagi tau untuk apa benda biru tu yer.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan