Rabu, 30 Mac 2011

myMetro | Les’ Copaque bangun taman tema RM200 juta

myMetro | Les’ Copaque bangun taman tema RM200 juta



IKON...Burhanuddin (kanan) dan Dr Ahmad bersama maskot Upin & Ipin.
SYARIKAT animasi tempatan, Les’ Copaque Production Sdn Bhd (Les’ Copaque) yang terkenal menerusi siri kartun Upin & Ipin bercadang membangunkan taman tema berkonsepkan siri animasi itu membabitkan kos kira-kira RM200 juta di Perak.

Pengarah Urusannya, Burhanuddin Md Radzi berkata, ketika ini pihaknya sedang berbincang dengan KPerak Implementation and Coordination Corporation (KPerak) mengenai lokasi sesuai untuk pembinaan taman tema yang mampu menjadi mercu tanda baru negeri Perak, sekali gus melonjakkan bidang pelancongan di negeri itu.
Beliau berkata, pihaknya kini masih dalam perbincangan bagi memastikan lokasi yang dipilih kelak mampu menjana industri pelancongan di negeri berkenaan.

“Sebelum ini, kami turut menerima cadangan daripada syarikat berpangkalan di Indonesia bagi membangunkan taman tema Upin & Ipin di republik berkenaan.

“Bagaimanapun, kami terpaksa menolak tawaran itu kerana mahu identiti Upin & Ipin dibina di negara ini sekali gus menjadikannya ikon kepada pelancong luar negara,” katanya ketika ditemui pada sidang media sempena Karnival Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Perak bersama Upin & Ipin di Perak Techno Trade Centre (PTTC) di Ipoh, Perak semalam.

Sumber : Harian Metro

Pak Long Pok Pek Berbicara

Kalau betul Pak Long berasa sangat bangga dengan kejayaan Les ' Copaque.Mana taknya orang dek sibuk ke Disneyland .Apa kata lepas nie orang luar tertumpu pulak kat taman Tema kita sendiri.Buatan Malaysia.Cuma satu aje Paklong nak komen...kalau dah buat tu janganlah pulak hangat2 'taikkk' ayam yer.Lepas setahun tempat tak terurus.Sopak sana sopak sini.Hilang itu hilang ini.Nanti pengunjung rasa bosan.

Macam lawatan Paklong sekeluarga ke Taman Tamadun Islam kat Terengganu tu.Walaupun Paklong rasa bangga sebab ada taman macam Taman Tamadun tu tetapi Paklong tengok pengurusannya agak tidak teratur dan nampak usang walaupun baru berusia 2 Tahun pembukaannya.Sayang.....dah buat cantik - cantik tapi tak di jaga.Harapan Paklong lepas nie di pelihara Taman tu elok2.Nanti Paklong ceritakan perjalanan Paklong ker Taman Tamadun Islam itu di entri akan datang.

Salam Dari Paklong.....Syabas UPIN dan IPIN

Tiada ulasan:

Penghargaan Buat Ku.

Ini adalah satu pengiktirafan dari kerajaan Negeri Johor kepada ku dan kerjaya ku.Semoga ia akan mendorong aku lebih maju dalam dunia fotografi ini.Korang Klik lah link kat bawah nie yer

http://telecentre.my/feldapalongtimur/index.php/ms/keusahawanan.html