Rabu, 13 April 2011

Maharaja Lawak Minggu Kedua

Paklong nak senaraikan kedudukan peserta pilihan Paklong untuk minggu kedua Maharaja Lawak.
Cuma satu ajo Paklong kecewa,Ada kumpulan yang Paklong suko tetapi belum lagi membuatkan Paklong ketawa sampai tercirit.Nama dah top.Tapi lawaknya masih cam dulu.Sama dan lum ada idea baru.Sedangkan kumpulan lain dah menunjukkan taring.Korang agak2 sapa yang Paklong cakap nie ?

Cerita banyak tak guna.Korang tengok sendiri ler Kedudukan Pilihan Paklong untuk minggu ke 2.Memang Dasyat!!!!!!!!!!!

Pertama



Kedua



Ketiga



Masih lum tersenarai lagi kumpulan yang Paklong harapkan tu.Ingat populariti lum menjanjikan sesuatu yang baik.Paklong tak nak tengok dia buat lawak biasa-biasa.Paklong nak tengok mereka buat lawak paling dasyat.Bila? Kita tunggu dan lihat...itupun kalau mereka mampu.

Lamo Pak Long Tak Pok Pek

Lama tul rasanya Paklong tak pok pek.Bukan apa Paklong tengah sibuk nak uruskan majlis perkahwin adik bongsu Paklong tak lama lagi.Jadi takde masa pulak nak menaip dan nak ber pokpek pokpek....Ha...tapi hari ie bukan sebab Paklong ada masa byk sangat tetapi Paklong ambik masa yang ada untuk menemui korang semua.

Nak tak nak Paklong nak cerita pasal Maharaja Lawak.Rancangan terbaik komedi pada alaf ini.Paklong rasa strategi yang di mainkan oleh pihak Astro amat baik sekali.Seperti yang korang pun tahu rancangan ini akan beralih ker saluran berbayar Citra 132 bermula episod ke3.So sapa2 yang lum ada Astro Citra cepat-cepat pergi daftar.Kalau tak korang yang rugi tak dapat tengok live.Tak kan nak tengok kat youtube pulak.

Oleh kerana Maharaja Lawak dah masuk minggu ke2 , Paklong nak senaraikan ranking kedudukan pilihan peserta yang terbaik pada minggu pertama itu.Ini adalah senarai pilihan Paklong sendiri.Kalau korang ada pendapat lain terpulang yer.Senarai ini bukan senarai kedudukan dari Astro yer....

Senarai kedudukan 3 Terbaik Bagi Minggu Pertama MAHARAJA LAWAK pilihan Paklong....


Tempat Pertama



Tempat Kedua



Tempat Ketiga

Sabtu, 2 April 2011

Maharaja Lawak RM 600 , 000

Maharaja Lawak tawar hadiah RM600,000











KUALA LUMPUR 22 Feb. – Program pencarian pelawak terbaik, Maharaja Lawak (MRL) yang akan memulakan siaran setiap Jumaat, pukul 10 malam di Astro Warna (saluran 132) mulai 1 April ini menawarkan hadiah wang tunai RM600,000 kepada pemenang.
Hadiah itu merupakan yang tertinggi dipertaruhkan berbanding dengan program Raja Lawak Astro (RLA) yang secara keseluruhan, menawarkan hadiah berjumlah RM180,000 kepada pemenang.
Daripada jumlah RM180,000, juara menerima wang tunai RM100,000, naib johan (RM50,000) dan tempat ketiga berjumlah RM30,000 serta hadiah-hadiah iringan lain.
MRL yang akan dikemudikan oleh pelakon merangkap pengacara, AC Mizal itu menghimpunkan para peserta terdiri daripada bekas juara dan finalis program RLA dari musim pertama sehingga ke musim ke lima.
Bagaimanapun, RL musim kelima masih belum diputuskan siapakah peserta yang akan bergelar juara kerana Gelanggang Raja Lawak akhir itu akan diadakan bulan depan.
Menurut Pengurus Saluran Astro Warna, Nizam Sani, juara MRL bakal membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM300,000.
“Bagi naib juara pula, pemenang akan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM200,000 dan pemenang tempat ketiga, RM100,000,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran MRL di Bora Asmara, di sini hari ini.
Beliau berkata, antara peserta yang bakal bertanding bagi merebut hadiah lumayan itu ialah Kumpulan Yus dan Tauke.
Katanya, Kumpulan Johan dan Zizan daripada musim pertama, Nabil dan Kumpulan XN3 (musim kedua) dan Kumpulan Sepah, Jihan dan Amir (musim ketiga) juga akan berentap mencuba nasib di MRL.
Selain itu, katanya, Kumpulan Kecik dan Idlan serta Alex dari musim keempat serta juara dan finalis RL musim kelima yang sedang bertanding sekarang, akan turut serta dalam MRL.
Jelasnya, para peserta diberi pilihan sama ada bertanding secara berkumpulan atau solo seperti Jihan, Amir, Alex dan Nabil.
“Pemilihan pemenang bukan terletak di tangan pengundi yang menghantar undian melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).
“Untuk MRL, 50 peratus markah peserta datangnya daripada panel juri, selebihnya barulah daripada undian SMS.
“Seperti biasa, peserta yang mendapat markah paling rendah pada setiap minggu akan disingkirkan,” katanya.
Sementara itu, Johan dan Zizan yang merupakan peserta solo RL musim pertama berkata, mereka bergabung untuk menyertai MRL kerana lebih selesa untuk muncul berdua.
Kata Zizan, selama bekerjasama dengan Johan, beliau tidak menghadapi masalah malahan ada keserasian.
“Jadi, kami mengambil keputusan, biarlah bergabung untuk bertanding di MRL. Kami lebih berkeyakinan apabila tampil berdua di pentas,” katanya.


Sumber : Metro Online

Maharaja Lawak Mamat Khalid hentam Jozan

Rancangan baru yang terbaik selepas Raja Lawak.Satu perancangan terbaik dari Astro.Dari segi promosi dan bisnes.Hebat astro.Tapi Paklong bukan nak cerita pasal Astro tetapi Paklong nak bagi pendapat Paklong tentang peserta Maharaja Lawak 2011.Kalau kita lihat barisan peserta semua hebat-hebat kecuali adalah sorang  dua tu yang masuk sebab tiket finalis dari Raja Lawak.Korang boleh agak sendiri sapa mereka....

Paklong percaya korang mesti tertunggu-tunggu lawak-lawak hebat dari Sepah  , Nabil dan Man kan ? Apatah lagi dari JOZAN....Mana taknya kehebatan lawak selamba JOZAN semasa mengacara Raja Lawak dari musim kedua hingga ke lima memang terbaik.Dan mungkin korang dah letak JOZAN nie bakal juara Maharaja Lawak betul tak ?Paklong pun sama...Paklong memang teruja dengan mereka berdua nie....Dulu masa Paklong masuk ujibakat Raja Lawak Paklong ada lepak-lepak dengan diorang nie....memang best.




Korang rasa berapa undian SMS mereka dapat selepas persembhan mereka malam tadi ? Sesuatu yang Booommmmm yang Paklong harapkan tetapi cuma potttttt ( kentut kecil ) aje Paklong dapat.Kenapa lawak pertama mereka cam tak menarik.Menarik tu memang menarik tetapi bukan dalam kelasnya.Paklong mengharapkan sesuatu yang besar dan menharapkan Paklong boleh ketawa sambil terkencing.Tetapi Paklong hanya duduk bersandar kat dinding tanpa banyak reaksi.Adalah senyum sikit.

So Paklong berharap sangatlah agar episod kedua nanti JOZAN dapat berikan yang terbaik.Tak menang tak apa yang penting mesti berada dalam kelas tersendiri.Peserta lain tu Paklong tak pentingkan sangat sebab jarang tengok diorang melawak.Sebab JOZAN nie popular dan satu pasangan pelawak cukup serasi dan terbaik buat masa ini.Dan jangan ambil mudah...Sebab MAHARAJA LAWAK adalah rancangan lawak tertinggi sekali buat masa ini.

Oklah minggu nie Paklong tak mengundi lah yer JOZAN.Paklong bagi lawak JOZAN tu 4/10 bintang aje.

Jumaat, 1 April 2011

Bukan Pengemis Punyer Tau !

Nie cerita semasa Pak Long berada di negeri Sang Penyu iaitu Terengganu.Mungkin sesuatu yang baru bagi diri Paklong buat masa nie.Memang tak pernah jumpa lagi keadaan macam nie kat negeri2 yang Paklong pernah pergi.Tapi kalau ada kat negeri lain yang Paklong tak jumpa korang beritahu Paklong yer.Maklumlah Paklong nie bukan selalu berjalan kat negeri orang.

Mula2 Paklong masuk tandas biasalah untuk buang air. Tak kan nak buat kenduri pulak kan....Mula-mula tu memang Paklong  tak perasan.Tetapi bila Paklong mula membasuh tangan kat singki...mengadap depan cermin Paklong  terpandang benda biru.Ehhh...Apa tu? dalam hati Paklong...Mungkin ada peminta sedekah tertinggal bekas biru  hati Paklong berkata.Tetapi bila Paklong  tengok sekeliling....Eh...semua tempat ada benda biru nie....Wahhhhh.....Apa nie ? Kata hati Paklong lagi....

So Paklong dekatkan diri dan Paklong tengok dalam bekas biru  itu berisi air separuh penuh.Ohhhhh...Baru Paklong tahu kegunaannya.Hebat Orang Terengganu.Mereka mengamalkan kebersihan sama macam negeri mereka.Bersih  , indah dan kurang nampak orang berdating kat pantai2 semasa Paklong berada di sana.Alhamdulillah.Untuk sesiapa pembaca blog Paklong dari Terengganu bolehlah bagi tau untuk apa benda biru tu yer.....


Petua : Anda Sakit Gigi

Korang ada masalah sakit gigi ker.Tu ler asyik makan benda2 manis....Heheheeh....
Anak Paklong pun suka makan gula2.Pantang pergi kedai pasti di capainya gula.
Adehhhhhhh...Nak buat cam mana.Mungkin dah menjadi perangai rakyat Malaysia...heheheh

Tapi yang Paklong pelik dari dulu sampai sekarang...Tak pernah pulak jumpa semut pergi
klinik gigi...Ada? Korang pernah jumpa semut sakit gigi sebab makan benda manis.Pelik kan ?
Kenapa manusia makan gula2 atau benda manis pasti sedikit tak banyak akan mendapat sakit gigi.
Tetapi semut yang kecik tu tak pernah kena sakit gigi.

Paklong pernah terbayang ... agaknya ada klinik semut kot...tetapi kat mana ekkk? heheheh
Korang jgn layan imaginasi Paklong nie....Kadang2 Paklong nie lupa diri...heheheheheh.Oklah kat bawah nie ada petua kalau orang sakit gigi.Bolehlah di guna pakai.Tapi kalau tak baik juga...Pergi jumpa
Pak Doktor yer....kasi cabuttttt.....hahahahah...takut ler tu...Podahhhhhhhh














Gigi sakit
Ambil sebatang serai dan titik bahagian hujungnya.Salai seketika diatas api dan sewaktu 
masih suam , gigit pada tempat sakit. InsyaAllah sakit akan berkurangan.
 


Khamis, 31 Mac 2011

Petua :Kalau Termasak Nasi Lembik

Petua kali nie PakLong nak cerita kalau kita masak nasi tetapi terlebih air yang akan menjadikan nasi lembik.Kalau nasi lembik rasa nya macam tak best sebab kuah yang kita letak tak akan sebati kat nasi.Ada orang suka nasi lembik2 nie.Macam orang takde gigi.Kalau beli beras mahal2 tapi masak nasi lembik apa kejadahnya.Kalau masak nasi hukum alamnya mestilah nasi itu peroi.Sebijik2 kata orang.Baru nikmat  makan tu ada walaupun lauknya hanyer sambal telur atau ikan bilis + bawang + kicap + cili api...pegghhhhhhhh.....


Nasi lembik...Adehhhhh...Orang sakit leh makan cam nie




Oklah kadang2 ada beras yang berbeza2 cara kita nak masak.Ada yang beras perlu byk air atau mesti kurang airnya.Tapi setahu Paklong kalau beras tu byk kanji jangan byk kan air ketika masak.....nanti nasi tu jadi lembik.Kepada anak2 dara yang baru nak belajo masak nasi tetapi termasak nasi lembik...jangan risau ada cara macam mana nak kasi nasi tu peroi....cuba petua Paklong  nie yer.....




Nasi yang peroi ....baru ada nikmat




Bagi mengatasi masalah ini, ambil sebiji kentang, buang kulitnya, basuh dan hiriskan kentang tadi. Masukkan ke dalam nasi tadi. Biarkan selama 5 minit kemudian angkat. Cara lain ialah dengan menggunakan roti bantal. Masukkan ke dalam periuk dan jumlah keping bergantung kepada kelembikan nasi. 




Bagi Paklong ...Paklong suka makan nasi yang peroi....Memang cerewit sikit Paklong nie kalau bab nasi nie.Tapi terpulang pada korang.Ikut suka dan ikut mulut ler....hehehehehehehehhe.....
Selamat Mencubaaaaaaaa

Penghargaan Buat Ku.

Ini adalah satu pengiktirafan dari kerajaan Negeri Johor kepada ku dan kerjaya ku.Semoga ia akan mendorong aku lebih maju dalam dunia fotografi ini.Korang Klik lah link kat bawah nie yer

http://telecentre.my/feldapalongtimur/index.php/ms/keusahawanan.html